MSTGE 2012 MEMBUKA PELUANG PENGGERAK INDUSTRI SUKAN
MSTGE 2012 MEMBUKA PELUANG PENGGERAK INDUSTRI SUKAN
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
SRI KEMBANGAN, 25 OKTOBER 2012 – Perasmian Malaysia Sports Trade and Golf Expo (MSTGE…
Full Description
MSTGE 2012 MEMBUKA PELUANG PENGGERAK INDUSTRI SUKAN
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
SRI KEMBANGAN, 25 OKTOBER 2012 – Perasmian Malaysia Sports Trade and Golf Expo (MSTGE 2012) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di sini hari ini.
MSTGE 2012 kali ke tiga yang diadakan sejak 2010 bersempena dengan Tahun Industri Sukan 2012. Expo ini merupakan yang terbaik berdasarkan komitmen pempamir yang terlibat sepanjang MSTGE 2012.
Expo yang berlangsung selama 4 hari bermula hari ini hingga 28 Oktober 2012 memberi peluang kepada penggerak indistri Sukan untuk mempromosikan barangan serta produk masing-masing kepada pengunjung MSTGE 2012 di MINES Convention Centre.
Harapan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) adalah pempamir mendapat menfaat dalam pengukuhan jenama masing-masing manakala untuk pengunjung, mereka berpeluang menikmati diskaun dan insentif yang menarik sepanjang expo tersebut.
Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd Manan, Unit Komunikasi Korporat