Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Full Description
Muzium Negara,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Tel – (03) 2267 1111
Faks – (03) 2267 1011
Email – [email protected]
•Waktu beroperasi 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.
•Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara)
Percuma
Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.
Muzium Negara diketuai seorang Pengarah dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif
Objektif Muzium Negara adalah seperti berikut:
•Menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara;
•Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik, mengumpul, merekod dan menerbitkan segala khazanah warisan sejarah negara;
•Mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah negara bagi tujuan pendidikan masyarakat ke arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa, dan;
•Menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan negara.
Muzium Negara, Kuala Lumpur.,
Category
Tags/Keywords