Pakej Percutian Menarik Ke China
Pakej Percutian Menarik Ke China
HARI Pertama Kuala Lumpur – Hong Kong – Beijing
Berlepas dari KLIA ke Hong Kong. Transit sebentar di Hong Kong. Berlepas ke Beijing. Setibanya di Beijing – Check in di hotel.
HARI Kedua Tiananme…
Full Description
Pakej Percutian Menarik Ke China
HARI Pertama Kuala Lumpur – Hong Kong – Beijing
Berlepas dari KLIA ke Hong Kong. Transit sebentar di Hong Kong. Berlepas ke Beijing. Setibanya di Beijing – Check in di hotel.
HARI Kedua Tiananmen Square – Forbidden City – (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat Tian’anmen Square, Forbidden City. Disinilah tempatnya Maharaja China bersemayam pada masa dahulu. Makan tengahari disediakan di restoran tempatan. Pelancong akan dibawa pula ke Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba). Disini terdapat pelbagai perubatan herba dari masa dahulu hingga yang terkini dan berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma dan khidmat mengurut tapak kaki. Makan malam di restoran tempatan.
HARI Ketiga Summer Palace (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan ke Summer Palace. Dalam perjalanan anda akan dibawa membeli belah di Fresh Water Pearl Center. Makan tengahari direstoran tempatan. Kemudian pelancong akan dibawa ke Silk Center. Shopping di Sunny Gold Street. Minum teh di Tea House.
HARI Keempat Tembok Besar China (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi , pelancong dibawa membeli-belah di Jade dan Crystal Shop. Makan tengahari disediakan. Anda akan melawat Tembok Besar China. Pelancong akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan tembok tersebut. Perjalanan pulang singgah di Baofuling. Sampai di Beijing, peserta akan singgah di Hard Rock Café hanya untuk membeli t.shirt.
HARI Kelima Stadium Olimpik – Panda Zoo (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke Stadium Sarang Burung untuk bergambar sebelum shopping di Diamond Centre. Selepas itu ke Silk Centre, selepas makan tengahari, lawatan ke Panda Zoo. Selepas itu pelancong akan menyaksikan Persembahan Acrobatic yang penuh dengan aksi suspen dan mendebarkan.
HARI Keenam Shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, Selepas itu membeli-belah di Tian Ya dan Hong Qiao Market. Selepas makan tengahari pelancong akan dibawa melawat ke Masjid Niu Jie. membeli belah pula di Yashow Market. Makan Malam.
HARI Ketujuh
Kuala Lumpur Awal pagi, berangkat ke air-port untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong. Tiba di KLIA pada sebelah petang.