Panduan mem beli insuran takaful perlindungan kemalangan tuntutan perlu ambil
Panduan membeli insurans takaful dan info perlindungan diri dari kemalangan dan penyakit. Info tuntutan pampasan insuran dll. Apakah Takaful / Insurans Yang wajib / Perlu Saya Ambil? by Afyan Mat Rawi “Afyan, apa produk takaful yang patut saya ambil?” Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya oleh bakal pelanggan. Nampak mudah soalan ini, tetapi ia […]
Full Description
Panduan membeli insurans takaful dan info perlindungan diri dari kemalangan dan penyakit. Info tuntutan pampasan insuran dll.
Apakah Takaful / Insurans Yang wajib / Perlu Saya Ambil?
by Afyan Mat Rawi
“Afyan, apa produk takaful yang patut saya ambil?”
Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya oleh bakal pelanggan.
Nampak mudah soalan ini, tetapi ia terlalu subjektif untuk dijawab kerana pendekatan saya memasarkan takaful bukan berdasarkan produk tetapi berdasarkan konsep dan keperluan.
Malah dalam penulisan saya di Majalah Niaga serta di blog kendalian saya iaitu Rahsia Takaful, amat jarang membicarakan tentang produk.
Lain Syarikat, Lain Produknya
Ada pelbagai produk takaful di pasaran;
Takaful Simpanan (Saving Takaful),
Takaful Pendidikan (Education Takaful),
Takaful Kesihatan (Medic Takaful),
Takaful Penyakit Kritikal (Critical Illness Takaful),
Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Takaful),
Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful),
Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful),
Takaful Kemalangan Peribadi (Personal Accident Takaful) dan sebagainya.
Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful sejak kebelakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.
“Jadi, polisi yang mana satukah yang patut saya ambil?”
Secara umumnya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.
Ya, ada empat sahaja, iaitu;
1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life – Death and Total Permanent Disability)
2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Perlindungan Kemalangan Diri (Personal Accident)
Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain, seperti pendidikan, persaraan, pelaburan, penyakit khusus wanita dan sebagainya.
“Bagaimanakah keempat-empat jenis perlindungan ini berfungsi?”
Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita, tetapi memberi impak kewangan yang cukup besar sekiranya ia berlaku.
Kategori #1 – Takaful Perlindungan Kematian & Lumpuh
Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu:
Hidup
Sihat,
Dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sini perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut.
Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya. Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami serta ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada.
Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan seratus peratus tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.
Kategori #2 – Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal
Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dilindungi seperti strok, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya.
Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan hanya selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal
Kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja seperti biasa. Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.
Kategori #3 – Takaful Perlindungan Kemalangan Diri
Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit.
Ia bukan perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan.
Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.
Kategori #4 – Takaful Perlindungan Rawatan Hospital & Pembedahan
Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist atau insurans kesihatan. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal, mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital.
Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital.
Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga.
Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.
“Afyan, saya memiliki medical card dengan RM1 juta. Bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?”
Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu?
Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya?
Sudah tentu tidak. Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi?
“Adakah saya perlu ambil semua keempat-empat jenis perlindungan di atas?”
“Sekiranya saya memiliki lebih daripada satu polisi, adakah saya boleh membuat tuntutan daripada semua polisi saya?”
“Berapakah kos yang paling murah untuk saya memiliki keempat-empat perlindungan di atas?”
Insya Allah saya akan masukkan di dalam tulisan akan datang. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang takaful, boleh ajukan ruangan respon di bawah
Kredit: 123rf, Medicine Mound, Yaymerecipes.
Majalah Niaga – Sumber Informasi Usahawan Oct 28, 2012 majalahniaga.com
Tags/Keywords
ambil Beli insuran kemalangan membeli Panduan perlindungan perlu takaful tuntutan