PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARIAH UKM LAWAT KBS
PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARIAH
UKM LAWAT KBS
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
( [email protected] )
PUTRAJAYA, 14 JANUARI 2013 – Seramai 70 orang pelajar dan tenaga pengajar daripada Fa…
Full Description
PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARIAH
UKM LAWAT KBS
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
PUTRAJAYA, 14 JANUARI 2013 – Seramai 70 orang pelajar dan tenaga pengajar daripada Fakulti Pengajian Islam Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkongsi pengalaman dan pengetahun ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) di sini hari ini.
Rombongan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar Program Penggajian Jarak Jauh (PJJ) menghabiskan kira-kira tiga jam untuk mengenali lebih dekat aktiviti serta peluang yang boleh disertai belia.
Peserta di bawa melawat dan mendengar taklimat di Sekretariat Pengurusan Acara (SPA), Gymnasium 1 Malaysia sebelum berkongsi pengetahuan yang disampaikan wakil dari Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Pembangunan Belia di Bilik Mesyuarat Aras 4 Menara KBS ini.
Peserta berminat dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk belia dan banyak soalan yang dibangkit berkisar bagaimana belia boleh merebut peluang yang disediakan kerana tidak ramai daripada mereka yang sedar akan program-program yang boleh mereka sertai itu.
Program lawatan ini adalah sebahagian aktiviti yang perlu dilaksanakan peserta program PJJ tersebut bagi meningkatkan kemahiran mengurus, perhubungan awam dan memimpin.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )