PENGHUNI TERIMA PENGIKTIRAFAN ARP GANGSA
PENGHUNI TERIMA PENGIKTIRAFAN ARP GANGSA
oleh : Siti Mariam Ahmad Tobias ( Cawangan Pembangunan Rakan Muda )
Bahagian Pembangunan Belia
MELAKA, 03 Januari 2013 – Seramai 31 penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini berjay…
Full Description
PENGHUNI TERIMA PENGIKTIRAFAN ARP GANGSA
oleh : Siti Mariam Ahmad Tobias ( Cawangan Pembangunan Rakan Muda )
Bahagian Pembangunan Belia
MELAKA, 03 Januari 2013 – Seramai 31 penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini berjaya menerima pentauliahan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda tahap gangsa pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang di Dewan Parameswara, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, hari ini.
Ini merupakan kejayaan projek perintis Program ARP Rakan Muda yang telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac 2012 lalu menerusi kerjasama strategik di antara Jabatan Belia dan Sukan Negara ( JBSN ) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Program ini juga merupakan satu lagi usaha kerajaan dalam menerapkan nilai pemulihan dalam kalangan remaja berusia antara 14 hingga 21 tahun di institusi Penjara. Program bertaraf antarabangsa yang juga dikenali sebagai The International Award for Young People ini telah berjaya dilaksanakan di 21 institusi penjara di seluruh dunia sejak tahun 1980.
Pengurangan recidivism merupakan bukti keberkesanan program ini di negara-negara seperti Afrika Selatan ,Hong Kong, India, Kenya, Scotland dan Singapura. Bersesuaian dengan inisiatif pihak Kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) dalam konteks mengurangkan jenayah, golongan belia remaja di institusi ini tidak ketinggalan malah turut diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan untuk didedahkan dengan peluang yang sama seperti mana remaja-remaja yang lain.
Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara, TKJP Haji Hassan Sakimon. Turut hadir, Pengarah JBSN Melaka, Hajah Salmah Aziz, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, KPj Jamaludin Saad, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara, Haji Darussalam Budin, Pengarah Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Sabran Abd Bahar; serta Pengarah SHG Telok Mas, Jamil Razif Kassim.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )