PERBADANAN PUTRAJAYA SEDIA SOKONG KBS LAKSANA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA
PERBADANAN PUTRAJAYA SEDIA SOKONG KBS LAKSANA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS
[email protected]
PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Perbadanan Putrjaya (PPj) memberi komitmen ak…
Full Description
PERBADANAN PUTRAJAYA SEDIA SOKONG KBS LAKSANA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS
PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Perbadanan Putrjaya (PPj) memberi komitmen akan memberikan kerjasama serta sokongan sepenuhnya untuk menjayakan Festival Belia Putrajaya (FBP) yang bakal diadakan Mei tahun hadapan.
Presidennya, Tan Sri Dato’ Seri Aseh Haji Che Mat berkata, pihaknya sedia memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menjayakan program tahunan itu selagi ia tidak melanggar undang-undang atau menyalahi mana-mana peraturan yang ada.
Katanya, PPj juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak kearah untuk menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar pelancongan dan destinasi untuk pelbagai aktiviti. Sambil menyarankan KBS melantik pegawai-pegawai PPj untuk menjadi ahli di dalam mana-mana Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Festival itu nanti supaya pihaknya dapat memberikan input agar selaras dengan perancangan pihaknya.
Tan Sri Dato’ Seri Aseh berkata demikian dalam sesi taklimat mengenai Festival Belia Putrajaya 2013 sempena kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan pegawai-pegawai kanan KBS di pejabatnya di sini hari ini. Taklimat disampaikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery sendiri. Terdahulu, rombongan diraikan dalam majlis makan tengahari yang turut disertai pegawai-pegawai kanan PPj.
Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata, banyak ruang dan pendekatan yang boleh diperkenalkan kepada warga Putrajaya supaya bersama-sama menjadikan bandar pentadbiran ini sebagai sebuah lokasi yang sentiasa dikunjungi ramai sama ada dari peringkat tempatan mahupun luar. Putrajaya juga katanya, perlu diangkat dan dimartabat sebagai salah sebuah destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong ke negara ini dan diantara bandar tercantik di dunia.
Beliau berkata, KBS berpuas hati dengan kerjasama serta sokongan PPj untuk menjayakan Himpunan Belia sejak tiga tahun lalu dan berharap semoga PPj terus membuka pintu mereka untuk memantapkan kerjasama yang sedia terjalin itu.
“Sambutan Hari Belia Negara disambut secara besar-besaran adalah bagi membina psikologi keyakinan belia kepada kerajaan. Format Hari Belia Negara di perbaharui dari semasa ke semasa bagi menarik minat golongan belia bersama-sama merasai bahang kemeriahan Hari Belia Negara.”
“Hari Belia Negara adalah satu platform bagi golongan belia menonjolkan bakat dalam perbagai bidang dan membuka mata belia dalam mencari peluang-peluang membina kejaya. Himpunan ini juga menunjukkan bertapa kuatnya hubungan belia dengan belia yang lain dalam membawa kemeriahan bagi setiap aktiviti yang dijalankan,” ujarnya.
Untuk rekod, Putrajaya telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bandar Mesra Belia dan dipilih sebagai lokasi Festival Belia Putrajaya.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )