PESERTA PERDANA LEADER FELLOWSHIP (PLF) BERSAMA TYT DATO’ MUHAMAD NOOR YACOB
PESERTA PERDANA LEADER FELLOWSHIP (PLF) BERSAMA TYT DATO’ MUHAMAD NOOR YACOB
Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia
[email protected]
KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2012: Seramai 26 orang pes…
Full Description
PESERTA PERDANA LEADER FELLOWSHIP (PLF) BERSAMA TYT DATO’ MUHAMAD NOOR YACOB
Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia
KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2012: Seramai 26 orang peserta telah mengikuti taklimat berkaitan pelaburan antarabangsa bersama TYT Dato’ Muhamad Noor Yacob, Pengarah Eksekutif APEC bertempat di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) hari ini.
Ini merupakan sesi kelas yang pertama dihadiri peserta di UNIRAZAK yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Sesi ini membincangkan tentang Pelaburan Antarabangsa di antara negara-negara APEC bagi meningkatkan ekonomi negara terbabit untuk negara maju. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam.
Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam bidang ekonomi sangat menarik perhatian peserta dalam melengkapkan diri sebagai seorang pemimpin belia yang berkualiti. Antara yang menjadi perhatian adalah bagaimana sebuah badan seperti APEC menjadi platform kepada sesebuah negara membangun dalam meningkatkan pelaburan di negara-negara luar.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat