PROGRAM BERBASIKAL UNTUK KE MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA
PROGRAM BERBASIKAL UNTUK KE MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA
Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
[email protected]
KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek da…
Full Description
PROGRAM BERBASIKAL UNTUK KE MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA
Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan 400 orang peserta berbasikal dalam Program Jelajah 1Belia 1Malaysia Parlimen Kemaman yang bermula daripada Pantai Kemasik di sini menuju ke Kampung Bukit Anak Dara yang terletak di Kijal sebelum melangsungkan majlis perasmian Gelanggang Futsal 1 Malaysia di kampung tersebut.
Ketibaan peserta berbasikal disambut dengan meriah oleh penduduk setempat dan kanak-kanak bawah 12 tahun yang menyertai Kejohanan Futsal DUN Kijal bawah 12 tahun. Mereka dihidangkan dengan sarapan pagi bagi mengisi tenaga untuk meneruskan kayuhan seterusnya.
Persembahan silat turut diadakan sebelum upacara perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia. Simbolik perasmian, beliau kemudian menyerahkan replika kunci kepada Pengerusi Persatuan Belia Gerak Maju Kampung Bukit Anak Dara, Che Ku Sufian Che Ku Long
Peralatan sukan turut diberikan kepada persatuan-persatuan belia di Kampung Bukit Anak Dara sebagai usaha menyemarakkan aktiviti bersukan di kalangan mereka. Beliau kemudian menandatangani plak perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia dan melakukan tendangan gol sebagai gimik perasmian.
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Hajah Hatipah Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rusli Yusoff, Ketua Wanita Bahagian UMNO, Senator Hajah Rohani Abdullah, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu, Wan Muhamad Hisyam Wan Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam dan Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Bukit Anak Dara, Ibrahim Abdul Ghani.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )