PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN PENGGUNA
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN PENGGUNA GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS) Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam […]
Full Description
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN PENGGUNA
GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan. Segala maklumat lanjut terdapat di Portal GPS yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/gps
KELAB PENGGUNA SEKOLAH
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Penglibatkan pelajar sekolah telah dilaksanakan dengan fokus kepada 3 aspek utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan iaitu:
- Perbelanjaan berhemah
- Pemakanan seimbang
- Pemeliharaan alam sekitar
Antara program yang dijalankan ialah ceramah kepenggunaan, pameran kepenggunaan, demonstrasi kepenggunaan, lawatan sambil belajar, latihan jurulatih kepenggunaan, projek kitar semula, kem KPS, pertandingan sudut pengguna serta Cabaran Interaktif Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS).
KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)
KADS1M diwujudkan oleh KPDNKK dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KADS1M akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta orang pelajar IPT seluruh negara. Dalam melaksanakan inisiatif KADS1M ini, kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan dan merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)bagi syarikat-syarikat yang memberikan diskaun serta Bank Rakyat yang mengeluarkan kad berkenaan.Diskaun2% hingga 60% bagi barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.Segala maklumat / info, promosi terkini terdapat di Portal KADS1M yang boleh dilayari diwww.1pengguna.com/kads1m
Tags/Keywords