PROMOSI IVOLUNTEER SEMPENA MAJLIS PRA – PELANCARAN 1M4U-MOHE OUTREACH CENTRE
PROMOSI IVOLUNTEER
SEMPENA MAJLIS PRA – PELANCARAN 1M4U-MOHE OUTREACH CENTRE
Oleh : BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
[email protected]
BATU PAHAT, 13 Oktober 2012 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan majlis Pr…
Full Description
PROMOSI IVOLUNTEER
SEMPENA MAJLIS PRA – PELANCARAN 1M4U-MOHE OUTREACH CENTRE
Oleh : BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
BATU PAHAT, 13 Oktober 2012 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan majlis Pra-Pelancaran 1M4U – MOHE Outreach Centre bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) turut mengambil bahagian dalam program tersebut dengan melaksanakan aktiviti promosi iVolunteer. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pendaftaran sukarelawan dan memperkenalkan portal ivolunteer.org.my sebagai portal carian aktiviti-aktiviti kesukarelaan. Seramai 63 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan disepanjang program berlangsung.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih sebagai universiti pertama mempunyai 1M4U Outreach Centre sebelum ia diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara. Majlis pelancaran peringkat nasional program tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa, Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat)