Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Perlis
Anda bekerja? Risau ibu bapa anda tinggal bersendirian di rumah? Jom hantar mereka di PAWE semasa anda tiada di rumah. Pada Mac 2013 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Perlis telah mendapat geran secara One-Off sebanyak RM80,000. PAWE Perlis siap secara fizikal pada Disember 2013 dan mula beroperasi pada 1 Jun 2014. PAWE bertujuan memberi kemudahan […]
Full Description
Anda bekerja? Risau ibu bapa anda tinggal bersendirian di rumah? Jom hantar mereka di PAWE semasa anda tiada di rumah.
Pada Mac 2013 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Perlis telah mendapat geran secara One-Off sebanyak RM80,000. PAWE Perlis siap secara fizikal pada Disember 2013 dan mula beroperasi pada 1 Jun 2014.
PAWE bertujuan memberi kemudahan kepada warga emas menjalankan aktiviti terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ahli keluarga keluar bekerja. Melalui PAWE, mereka dapat terus tinggal bersama keluarga atau penjaga dan dapat mengisi masa lapang serta menghindari kesunyian.
Selain itu, warga emas akan dapat berdikari, berinteraksi, menjalankan aktiviti bersama komuniti setempat, memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta dapat menyumbang khidmat kepada masyarakat. Masyarakat juga digalakkan untuk menyumbang dan melibatkan diri secara aktif agar program yang dijalankan di PAWE ini dapat mencerminkan penglibatan menyeluruh semua pihak dalam menjamin kebajikan dan kesejahteraan golongan warga emas.
PAWE menyasarkan warga emas warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira kaum, agama dan jantina. Mereka juga perlu sihat dan dapat menguruskan diri sendiri. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan tiada had tempoh keahlian. PAWE Perlis beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. PENDAFTARAN PERCUMA!!!
Category
Tags/Keywords