RAMAI WARGA PEKAN LIKE FANPAGE KBSMALAYSIA
RAMAI WARGA PEKAN LIKE FANPAGE KBSMALAYSIA
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
PEKAN, 3 NOVEMBER 2012 – Lokasi Roadshow Road to Festival Belia Putrajaya 2013 kali ini ad…
Full Description
RAMAI WARGA PEKAN LIKE FANPAGE KBSMALAYSIA
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
PEKAN, 3 NOVEMBER 2012 – Lokasi Roadshow Road to Festival Belia Putrajaya 2013 kali ini adalah Bandar Diraja, Pekan Pahang. Bersempena dengan Program Astro Fiesta Mesra Belia 2012 ini berjaya menarik lebih dua ribu orang warga Pekan untuk memeriahkan program yang julung-julung kali diadakan di Parlimen YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu.
Program Astro Fiesta Mesra Belia yang berlangsung selama 3 hari itu menyediakan pelbagai program menarik yang melibatkan pelbagai pihak antaranya Pejabat Belia dan Sukan Pekan, Umno Cawangan Pekan, Pejabat Penerangan Pekan, Hospital Pekan dan beberapa lagi agensi.
Disamping itu, kempen LIKE Fanpage KBSMalaysia serta twitter @KBSMalaysia juga mendapat sambutan oleh warga Pekan yang singgah di lokasi kempen yang cukup strategik itu. Jumlah LIKE meningkat dengan mendadak lebih-lebih lagi apabila gambar-gambar mereka dimuatnaik serta merta ketika mereka menandatangani banner Road To Festival Putrajaya 2013. Team ini bangga dapat mengaplikasikan saranan YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek untuk menyebarkan maklumat secara secara real time.
Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd Manan, Unit Komunikasi Korporat