Resepi Cheese Kek Strawberry
Sumber : Roslina Sidik Assalamualaikum n Salam sejahtera..orang kata, kalau anak sedang jawab exam, kita ibu bapa seeloknya buat solat hajat, baca yassin dan bersedekah..oleh itu, pagi ini saya nak bersedekah RESEPI cheese cake yg plg kerap di repeat order oleh customer saya..ini resepi asas tau.. Boleh ditambah apa2 je kita suka.. Blueberry, strawberry, oreo, […]
Full Description
Sumber : Roslina Sidik
Assalamualaikum n Salam sejahtera..orang kata, kalau anak sedang jawab exam, kita ibu bapa seeloknya buat solat hajat, baca yassin dan bersedekah..oleh itu, pagi ini saya nak bersedekah RESEPI cheese cake yg plg kerap di repeat order oleh customer saya..ini resepi asas tau.. Boleh ditambah apa2 je kita suka.. Blueberry, strawberry, oreo, nutella dan sebagainya..
Ok resepinya..
????????????
Untuk kulit..( base)
110gram butter dicairkan
200gm biskut oreo.. Buang inti dan hancurkan
*gaul , bubuh dlm loyang boleh tanggal tepi , mampatkan dan simpan dlm peti sejuk sementara nak buat adunan cheesenya..
Adunan cheese
500 gm cream cheese
30 gm butter
30 gm tepung jagung
120gm gula halus
4 biji telur
300 ml non dairy whip cream
Sebiji lemon ambil jus dan parut kulit.. Jika x suka ganti dgn esen vanila
Putar cream cheese, gula, butter, tepung jagung.. Masuk telur satu persatu putar lagi n last masukkan whip cream bersama jus lemon.. Tuang dlm loyang biskut tadi.. Loyang mesti dibalut dgn aluminium foil..Bakar secara bain marie selama 1 jam suhu 160..
Guna loyang 8 inch..dah cukup sejam, tutup suis dan biarkan kek dlm tu.. Pintu oven buka sikit..bila dah suam sikit, simpan dlm peti sejuk sekurangnya 5 jam dan bolehlah di hias dgn apa2 je..sekian selamat mencuba
Semoga anak2 kita dapat jawab exam dgn baik..
Category
Tags/Keywords