SWASTA DAN KBS SALURKAN DANA UNTUK TABUNG SUKARELAWAN LTP
SWASTA DAN KBS SALURKAN DANA UNTUK TABUNG SUKARELAWAN LTP
Oleh: Nurul Asfahlina Mohamed Johari, ( Unit Komunikasi Koporat KBS)
[email protected]
KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2012- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah dianta…
Full Description
SWASTA DAN KBS SALURKAN DANA UNTUK TABUNG SUKARELAWAN LTP
Oleh: Nurul Asfahlina Mohamed Johari, ( Unit Komunikasi Koporat KBS)
KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2012– Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah diantara pihak yang menyalurkan dana bagi penubuhan Dana Kesukarelawan Lawatan Turun Padang (LTP) dan Aktiviti Pembangunan PUSPANITA sebanyak RM200,000 dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dan selaku Penasihat PUSPANITA Kebangsaan, Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa dalam satu majlis yang diadakan di Rumah PUSPANITA di sini hari ini.
PUSPANITA yang menyambut ulang tahun penubuhannya ke-30 hari ini menjadi persatuan yang unggul dan mantap untuk menjaga kebajikan dan kepentingan wanita di negara ini.
Dalam ucapannya, Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan, Datin Sri Dato’ Rohani berkata, golongan wanita perlu terus berganding bahu untuk mencapai matlamat bagi mencapai negara maju. Penambahan aktiviti dan pelbagai pengisian ilmu akan dijalankan kepada warga PUSPANITA dalam corak pendedahan kursus atau latihan.
Pada majlis ini, majlis turut meraikan kunjungan Nostalgia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sebagai pengasas persatuan ini.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )