TIPS MEMILIH CAT RUMAH MODERN DESIGN BERKUALITI DAN CARA MUDAH MENGECAT RUMAH SENDIRI.

TIPS MEMILIH CAT RUMAH MODERN DESIGN BERKUALITI DAN CARA MUDAH MENGECAT RUMAH SENDIRI.

Sz.my info : Admin ingin berkongsi sedikit tips untuk mengecat rumah sendiri. Walaupun bukan professional, tapi kita boleh sebenarnya mengecat rumah kita sendiri janji puas hati. Pertama sekali mengenai pemilihan warna rumah moden. Rumah zaman sekarang ini lebih kepada konsep dua tona warna berbeza. Bukan plain seperti zaman dulu. Perlu memilih satu warna terang dan […]



Advert ID #7705

Full Description


image

Sz.my info : Admin ingin berkongsi sedikit tips untuk mengecat rumah sendiri. Walaupun bukan professional, tapi kita boleh sebenarnya mengecat rumah kita sendiri janji puas hati.

Pertama sekali mengenai pemilihan warna rumah moden. Rumah zaman sekarang ini lebih kepada konsep dua tona warna berbeza. Bukan plain seperti zaman dulu. Perlu memilih satu warna terang dan satu warna gelap.

Contohnya gabungan warna krim dan coklat, hijau terang dan hijau gelap, oren dan krim, dan sebagainya.. untuk pagar batu, dinasihatkan menggunakan tona gelap untuk elak kekotoran yg senang nampak. Manakala bahagian tembok atau dinding rumah boleg diselang selikan dengan 2 warna pilihan.

Membeli cat bagi admin, pentingkan kualiti dan ketahanan. Sebabnya bila anda mengecat, anda pasti tak mahu melakukannya beberapa kali. Paling kurang pun cat perlu tahan 5 tahun. Jadi belilah cat luar rumah yang mahal sikit. Janganlah ambil brand murah macam matex 7 liter rm30. Ambillah cat mahal seperti nippon weatherbond yang harganya dalam lingkungan rm150 +-30 untuk 5 liter  harga cat rumah.

Bagaimana mengecat rumah sendiri?

Setelah menyiapkan alatan seperti roller pengecat dengan batangnya, surat khabar dan cat yang dibeli, bentangkan surat khabar untuk cover bahagian yg tak mahu terkena cat, dan mula mengecat perlahan2.. pastikan hari tak hujan dan cuaca cerah. Kalau nak tambah air, dalam 10% sahaja.

Sebelum itu pastikan permukaan dinding yang ingin dicat bersih dari lumut dan tiada cat menggelupas. Jika tidak, anda perlu kikis dahulu cat lama atau tembak kotoran dan cat lama dengan water compressor jet.

Terdapat 3 jenis cat iaitu cat luar rumah, dalam rumah dan kayu+besi. Untuk cat exterior, pastikan yg berkualiti. Cat dalam rumah tak apa kalau guna yg murah sikit.

Harap dapat bagi sedikit sebanyak idea bagaimana mengecat rumah sendiri.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.6/10 (14 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)

TIPS MEMILIH CAT RUMAH MODERN DESIGN BERKUALITI DAN CARA MUDAH MENGECAT RUMAH SENDIRI., 7.6 out of 10 based on 14 ratings




Category

Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply