Tips Mencari Pengasuh Khusus Untuk Ibu-ibu berkejaya
Sebaik sahaja ibu mengetahui bahawa dirinya mengandung untuk kali pertama sudah tentu membibitkan perasaan gembira dan syukur ke hadirat Ilahi atas rezeki yang dikurniakan. Saat sembilan bulan mengandungkan bayi diharungi dengan gembira dan penuh cabaran , maka tibalah saat kelahiran bayi yang sangat dinantikan oleh ibu bapa. Bermulalah kehidupan baru bagi pasangan yang pertama kali […]
Full Description
Sebaik sahaja ibu mengetahui bahawa dirinya mengandung untuk kali pertama sudah tentu membibitkan perasaan gembira dan syukur ke hadirat Ilahi atas rezeki yang dikurniakan.
Saat sembilan bulan mengandungkan bayi diharungi dengan gembira dan penuh cabaran , maka tibalah saat kelahiran bayi yang sangat dinantikan oleh ibu bapa.
Bermulalah kehidupan baru bagi pasangan yang pertama kali menimbang cahaya mata . kehidupan yang dahulunya berdua , kini bertambah dengan kehadiran cahaya mata. Rutin berpantang pun bermula oleh ibu .
Bagi ibu yang berkerjaya sudah tentu mereka mencari-cari pengasuh atau taska untuk menghantar bayi mereka apabila waktu habis berpantang nanti. Ada pasangab yang sukar mencari pengasuh kerana tiada kenalan yang dapat membantu memberikan cadangan tempat untuk menghantar bayi.
Antara langkah yang boleh ibu bapa muda mulakan adalah dengan:
– bertanya pada kenalan
-menghubungi taska
-bertanya dengan peniaga gerai di kawasaan tempatan
-bertanya dengan pengasuh yang sedia ada
-mencari sumber untuk dihubungi di laman web