Tips Perjalanan Jarak Jauh
Perjalanan untuk ke suatu destinasi yang jauh dan yang pertama kali dijejaki haruslah bersiap sedia dengan lancar untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Tipsnya adalah seperti berikut: Kenderaan -Periksa air radiater , minyak brek, minyak power stering, minyak enjin, minyak gear box ( perlu ditukar), air wiper. -Tayar pula harus diperiksa tekanan angin mencukupi. -Cermin hadapan kenderaan […]
Full Description
Perjalanan untuk ke suatu destinasi yang jauh dan yang pertama kali dijejaki haruslah bersiap sedia dengan lancar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Tipsnya adalah seperti berikut:
Kenderaan
-Periksa air radiater , minyak brek, minyak power stering, minyak enjin, minyak gear box ( perlu ditukar), air wiper.
-Tayar pula harus diperiksa tekanan angin mencukupi.
-Cermin hadapan kenderaan perlu dibersihkan untuk memudahkan penglihatan semasa pemanduan waktu malam dan hujan.
-wiper kereta perlu diperiksa untuk memastikannya berfungsi dengan lancar dan baik
-GPS dan map sudah disetkan terlebih dahulu. ( charger perlu dibawa)
-Kad T n GO n Smart tag harus memiliki jumlah yang mencukupi. (Bateri smart tag cukup)
-Isi minyak yang mencukupi.
– kain tuala kereta – kegunaan semasa kecemasan
Bagi membawa bayi
-Makanan dan pakaian bayi termasuk pampers yang mencukupi
– selimut dan baju sejuk bayi
-toys bayi
– plastik kosong untuk memasukkan baju kotor
-tuala bayi untuk muntah dll
Pastikan anda makan sebelum memulakan perjalanan dan membawa sedikit bekalan untuk alas perut semasa di dalam perjalanan.
Bawa air untuk kecemasan jika perlu untuk kenderaan anda.
Tayar spare harus diperiksa supaya berada dalam keadaan baik.
Periksa road tax.
Bawa ubatan untuk persediaan awal.