BINA RUMAH SENDIRI - HARGA BAHAN BINAAN RUMAH BATU TIANG PASIR KAYU BESI DAN UPAH TUKANG BUAT RUMAH

BINA RUMAH SENDIRI – HARGA BAHAN BINAAN RUMAH BATU TIANG PASIR KAYU BESI DAN UPAH TUKANG BUAT RUMAH

  Berikut adalah contoh bajet harga bahan binaan untuk projek renovate ubahsuai atau buat rumah di Malaysia dalam RM ringgit. BINA RUMAH SENDIRI – HARGA BAHAN BINAAN RUMAH BATU TIANG PASIR KAYU BESI DAN UPAH TUKANG BUAT RUMAH    ·   Simen (1 bag 50 kg) – RM 16.00/kg   ·          Bata simen – RM0.21 satu […]



Advert ID #45999

Full Description


  Berikut adalah contoh bajet harga bahan binaan untuk projek renovate ubahsuai atau buat rumah di Malaysia dalam RM ringgit.

BINA RUMAH SENDIRI – HARGA BAHAN BINAAN RUMAH BATU TIANG PASIR KAYU BESI DAN UPAH TUKANG BUAT RUMAH

   ·   Simen (1 bag 50 kg) – RM 16.00/kg
  ·          Bata simen – RM0.21 satu
·          Bata merah – RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
·          Pasir kasar – RM 40 satu ela
·          Pasir halus – RM 45 satu ela
·          Batu aggregate 3/4″ – RM 45 satu ela
·         Besi Y 10mm (40 kaki) – RM 18 sekaki
·         Besi Y 12mm (40 kaki) – RM 24 sekaki
·         Besi R 6mm (40 kaki) – RM 6.50 sekaki
·         Besi BRC A65 – RM 15.90 satu gulung
·         Tiang konkrit saip bancuh(4″X4″x12′) – RM 3.30 sekaki
·         Tiang Roman 9′ – RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
·         Dawai bata – RM 6.80 satu gulung
·         Dawai ikat besi – RM 15 satu gulung
·         Bata bunga lubang angin – RM 2 satu
·        U drain (tanah liat) – RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
·         Plywood(4’X8’X12″) – RM 44- 76 sekeping
·         Kayu 2″X1″X8′ – RM 9.90 satu
·          Kayu 2″X1″X10′ – RM 11.00 satu
·         Kayu 2″X3″X8′ – RM 14.71 satu
·         Kayu 2″X3″X10′ – RM 19.06 satu
·         Kayu 2″X3″X12′ – RM 26.44 satu
·          Kayu 4″X4″ – RM13 sekaki
·         Kayu 2″X5″ – RM3.50 sekaki
·          Paku 2 ” – RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
·         Main truss besi 3″X1.5″(kekuda) (20 kaki) – RM 23 sebatang
·         Purlin truss besi bumbung (20 kaki) – RM 13.50 sebatang
·         Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) – RM 3.30-4.30 sekaki panjang
·        Rabung atap (8.5 kaki) – RM 26 sekeping
·        Zink licin (lurah atap laluan air hujan) – RM 3.60 sekaki
·        Skru atap – RM 35 sekotak
·         L bracket – RM 1.50 satu
·         Papan facial board (12 kaki) – RM 22 sekeping
·         Mesin Grinder pemotong besi – RM 190
·         Gentool Cutter pemotong besi – RM 160
·         Disc cutter – RM 2 satu
Lain lain
·         Wheel barrow – RM 70 satu
·          Frame pintu besi 34″- RM 55 satu
·          Frame pintu besi 54″ – RM 65 satu
·         Pintu Panel kayu 34″- RM 175 satu
·          Pintu Panel kayu 54″- RM 360 satu
·         Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
·        Tanah merah – RM 25 satu ela
·         Tangki septik – RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH ), tetapi ada setengah kos upah berdasarkan kaki..contohnya 1 kaki persegi rm16.00 , kalau luas rumah 2400 kaki persegi , upahnya
adalah RM38400.00

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
·          Beli barang – RM 80081
·         Upah pekerja – RM 44370
·          Ukur tanah – RM 350
·         Bersih tapak rumah -RM 1750
·        Sub kerja wiring – RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
·        Sub kerja siling – RM 6700 ( kira murah juga )
·        Sub kerja pasang tile lantai – RM 2500 ( harga kawan2 juga)
·         Beli mixer konkrit – RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350  )
·          Lain-lain upah – RM 100

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.0/10 (60 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +24 (from 36 votes)

BINA RUMAH SENDIRI – HARGA BAHAN BINAAN RUMAH BATU TIANG PASIR KAYU BESI DAN UPAH TUKANG BUAT RUMAH, 8.0 out of 10 based on 60 ratings




Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.
2 Comments
  1. sharifah says:
    Posted April 5, 2015 at 4:19 pm | Permalink

    salam, boleh beri saya nama syarikat syarikat yang bekal bahan binaan tak? saya dah berhari hari surf, tp saya tak jumpa address syarikat di kuala lumpur dan selangor.. saya nk buat extension, tp nak beli bahan sendiri mcm batu bata, simen etc. terima kasih

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +2 (from 2 votes)
  2. azizi says:
    Posted March 1, 2017 at 10:07 am | Permalink

    salam, harga bahan masih sama ke dengan yang dalam blog??

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply