Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia JPN

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia JPN

Pengenalan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.



Advert ID #2246

Full Description


Pengenalan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

 

Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan. 
 

 

Semenjak penubuhannya, Jabatan ini telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

 

Visi Jangka Pendek:

 

 Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik Dalam Perkhidmatan Awam

 

 Visi Jangka Panjang:

 

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik Di Dunia

 

 Misi:

 

Mendaftar, menyelenggara, menyimpan dan mengeluarkan rekod pengenalan diri yang sahih bagi semua penduduk negara serta memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra pelanggan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

 

 Objektif:

 

Mengumpul dan menyelenggara rekod-rekod Kelahiran, Kematian, Anak Angkat, kad Pengenalan, Perkahwinan dan Perceraian serta Warganegara bagi semua penduduk Malaysia untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pembangunan negara.

 

Mengumpul, menyatupadu dan mendaftar maklumat penting perseorangan;

 

Mengeluarkan sijil pendaftaran;

 

Menjaga rekod pendaftaran kekal; dan

 

Menguatkuasakan akta, Ordinan dan Peraturan Pendaftaran

 

Kad Pengenalan

 

SYARAT PERMOHONAN

 

 

 




    • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
 




    • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
 




    • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
 



  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
       PROSEDUR PERMOHONAN

 

       Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :

 

 

 




    • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
 




    • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
 




    • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
 



  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).
       BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

 

Warganegara

Jadual Pembayaran 1A









































BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
(WARGANEGARA)

Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
 
BAYARAN
PROSES
(RM)
 
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
 
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
 
12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI
 

 

 

 
12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN
 
10.00
 
1.00
 
11.00
 
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN
 
10.00
 
2.00
 
12.00
 
14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN
 
10.00
 
4.00
 
14.00
 
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN
 
10.00
 
6.00
 
16.00
 
Bukan Warganegara

Jadual Pembayaran 1B



































BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYPR BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
(BUKAN WARGANEGARA)

Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
 
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
 
BAYARAN
PROSES
(RM)
 
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
 
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
 
12 THN MELEBIHI 30  HARI HINGGA 13 THN 40.00
 
10.00
 
1.00
 
51.00
 
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN 40.00
 
10.00
 
2.00
 
52.00
 
14 THN 1 HARI HINGGA 15THN 40.00
 
10.00
 
4.00
 
54.00
 
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN 40.00
 
10.00
 
6.00
 
56.00
 
Makluman: Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

 

Kelahiran Di Semenanjung


PENDAFTARAN BIASA

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

[Seksyen 8, Akta 299]

 

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN

1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung

3.      Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati

4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin

BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan.

Kelahiran Di Sabah


PENDAFTARAN BIASA

Pemohon perlu mendaftarkan kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.

[Seksyen 9, Ordinan Sabah,Cap.123]

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)

2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung

3.      Pengesahan Kelahiran

4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin

BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan

Kelahiran Di Sarawak

PENDAFTARAN BIASA

Pemohon perlu mendaftarkan kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.

 [Seksyen 9, Ordinan Sabah,Cap.123]

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung

3.      Pengesahan Kelahiran

4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin

BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan

Perkahwinan

PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM [PERMOHONAN PENDAFTARAN BIASA]


Pasangan wajib hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)/Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam MyKad (warganegara) dan alamat tempat tinggal  di Malaysia(bukan warganegara).

Pemohon hendaklah bermastautin di daerah perkahwinan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di pejabat JPN yang berkenaan.

Pengupacaraan perkahwinan akan dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan.

Pemohon yang berumur di bawah 21 tahun, sila rujuk kepada prosedur pendaftaran perkahwinan berlesen (Kahwin Berlesen).

Dokumen-dokumen sokongan :-

MyKad ASAL bagi warganegara.

Pasport ASAL dan salinan fotostat maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi bukan warganegara.

Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm)/pasport berlatar belakang BIRU bagi setiap pemohon.

Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Janda – Dekri Nisi Mutlak ASAL wajib dikemukakan.

Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Balu – Daftar Kematian ASAL wajib dikemukakan.

Bagi pemohon bukan warganegara – Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari negara pemohon yang telah disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon ATAU kedutaan negara pemohon di Malaysia seterusnya disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu. Selepas itu, pemohon perlu membawa Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dan dokumen sokongan yang lain  serta  pasport ASAL ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN Putrajaya untuk mendapatkan surat kelulusan berkahwin di negeri yang berkenaan.

Borang Permohonan Pemberitahuan, Perkahwinan Dan Akuan Berkanun/Bertulis – Borang JPN.KC02.

 



  1. Bayaran:-


      1. Perakuan.

        1. Fi adalah RM10.00.


    1. Daftar Perkahwinan.

      1. Fi adalah RM20.00.
Warganegara

PENGESAHAN TARAF KEWARGANEGARAAN

PENERANGAN PERMOHONAN

(a) Kelahiran Dalam Negeri dan di Luar Persekutuan
Bahagian 1, Perkara 1 14(1)(a), Perlembagaan Persekutuan.



  • Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963).
Bahagian 2, Perkara 14(1)(b), Perlembagaan Persekutuan.




    • Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963)

    • Pemohon dan sabjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).

    • Pemohon adalah: Bapa atau Ibu

      Penjaga atau saudara mara terdek

    • Sabjek sendiri

  • Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
 PROSEDUR PERMOHONAN 

 Pemohon dan sabjek dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut.
DOKUMEN SOKONGAN




    • Sijil Kelahiran orang yang hendak didaftarkan

    • Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris (Jika kanak-kanak lahir di luar Negara)

    • Kad Pengenalan ibu bapa

    • Sijil Kelahiran ibu bapa

    • Sijil Warganegara ibu bapa

    • Dokumen Perkahwinan ibu bapa yang di daftarkan di Persekutuan

  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran passport.
 BAYARAN



  1. RM 2.00 bayaran permohonan

  2. RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil Pengesahan Taraf.(jika diluluskan)
 (b) Kelahiran Luar Negara

 Bahagian 2 Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.



  • Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963).
Seksyen 1(c) Bahagian 2, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.



  • Seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia di luar Persekutuan dan bapanya, pada masa ia lahir itu adalah seorang warganegara dan kelahiran orang itu hendaklah didaftarkan di pejabat Konsol dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelahirannya.
     
SYARAT PERMOHONAN




    • Pemohon dan subjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
 




    • Pemohon adalah: Bapa atau

      Ibu

  • Mengisi Borang D dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
 PROSEDUR PERMOHONAN

 Pemohon dan sabjek dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri atau Pejabat Konsul di Luar Negara dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan seperti berikut.
DOKUMEN SOKONGAN




    • Sijil Kelahiran Luar Negara kanak-kanak.
 




    • Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
 




    • Kad Pengenalan Ibu Bapa.
 




    • Sijil Kelahiran ibu bapa.
 




    • Sijil Kewarganegaraan Ibu Bapa.
 




    • Dokumen Perkahwinan Ibu Bapa.
 




    • Dokumen Perjalanan kanak-kanak, ibu dan bapa.
 



  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran pasport.
     
BAYARAN

RM 20.00 bayaran permohonan.

RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Kedutaan.

RM 30.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Pendaftar Besar Warganegara dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.
Makluman: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak.  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri.  Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pendaftaran pelepasan kewarganegaraan,  borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

 

Kematian

 

Kematian Di Semenanjung

 

MENDAFTAR KEMATIAN BIASA

Pemohon daftar kematian biasa adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dari tempoh 7 hari dari tarikh kematian.

 

PROSEDUR PERMOHONAN 

 

Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal

 

Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum

 

Dokumen bukti kematian seperti permit perkuburan

 

Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)]

BAYARAN

 

Bayaran permohonan adalah percuma.

 

[Seksyen 19, Akta 299]

 

Kematian Di Sabah

 

PENDAFTARAN BIASA KEMATIAN


Pemohon perlu mendaftarkan kematian dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui tentang kematian tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.

 [Seksyen 14(1), Ordinan Sabah,Cap.123]


 

PROSEDUR PERMOHONAN


 

Pemohon perlu mengisi Borang B dan Borang N2 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN  

1.      Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah

 


2.      Perakuan kematian jika kematian berlaku di hospital
 


3.      Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
 


4.      Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan
BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan.

Kematian Di Sarawak

PENDAFTARAN BIASA KEMATIAN
Pemohon perlu mendaftarkan kematian dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah keluarga terdekat simati (Ibu/bapa/anak/adik-beradik/isteri/suami). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.



 Seksyen 15(1) dan (2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]

 PROSEDUR PERMOHONAN

 Pemohon perlu mengisi Borang III dan Borang XI dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

 DOKUMEN SOKONGAN

 

1.      Pengesahan Ketua Masyarakat/Kaum bagi Sarawak

2.      Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah

3.      Borang VIII (Medical Certificate of The Cause of Death)

4.      Borang IX (After Post-Mortem)

5.      Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)

6.      Dokumen Pengenalan Diri simati

7.      Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan

 

BAYARAN

 

Tiada bayaran dikenakan.
 

Lokasi

 

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara
Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

 Tel: 03-8880 7000
Faks: 03-8880 8288

 

Emel:[email protected]

 

Johor

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Johor Darul Ta’zim
Aras G, 1, 2 & 3, Blok 2 Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Taman Setia Tropika,
81200 Kempas, Johor Bharu.

 

 





Tel : 07-2341690, 07-2341691  07-2341634
Faks : 07-2341687
Emel: [email protected]
Melaka

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Melaka
Aras 1, Blok Pentadbiran Kompleks KHEDN
Jalan Seri Negeri, Air Keroh
75450 Melaka.

 

 





Tel : 06-2326600
Faks : 06-2326376
Emel: [email protected]
Negeri Sembilan

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sembilan
Tkt. 1, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato’ Abdul Kadir,
70551 Seremban

 

Tel : 06-7651600
Faks : 06-7638312

 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras G Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1
50551 Kuala Lumpur

 

Tel: 03-62057600, 03-62011106  
Faks: 03-62011108

 

Selangor

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Selangor,
Tingkat 7, Plaza Masalam,
No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E,
Seksyen 9, 40551 Shah Alam, Selangor

 

Tel: 03-55107255
03-55117355
03-55137455
03-55197155

 

Pahang

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Pahang
Aras Bawah & Satu,
Kompleks KHEDN Indera Mahkota,
25551 Kuantan.

 

Tel : 09-5734455, 09-5734301,
09-5737541,09-5734242, 09-5736513
Faks : 09-5737700, 09-5737755

 

Perak

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Perak
Aras 3 & 4,
Kompleks Pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Persiaran Meru Utama,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak

 

Tel :05-5288805, 05-5288808
Faks:05-5288802, 05-5288805, 05-5288809

 

Pulau Pinang

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Pulau Pinang
Aras 3, Bangunan Persekutuan
Jalan Anson,
10400 Pulau Pinang

 

Tel: 04-2265161, 04-2262558, 04-2271161
Faks: 04-2269320

 

Kedah

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Kedah
Kementerian Dalam Negeri
Aras Bawah dan Aras Satu, Bangunan KDN ,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Muadzam Shah Anak Bukit,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

 

Tel : 04-7314359, 04-7314585,04-7355744, 04-7302821

 

Perlis

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Perlis,
Aras Bawah, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Persiaran Wawasan
01000 Kangar
Perlis.

 

Tel: 04-9795205
Faks: 04-9767622

 

Kelantan

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Kelantan
Tkt. 1, Wisma Persekutuan,
Jalan Bayam,
15551 Kota Bharu.

 

Tel : 09-7482793, 09- 7441717, 09-7430635, 09-7430636
Faks : 09-7487867

 

Terengganu

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Terengganu
Tingkat 2, Wisma Persekutuan,
20551 Kuala Terengganu.

 

Tel :09-6301031, 09-6301032, 09-6301035,
 09-6301037, 09-6301034, 09-6301039
Faks : 09-6230839, 09-6267582

 

Wilayah Persekutuan Labuan

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Wilayah Persekutuan Labuan,
Blok 4, Tingkat 3,
Kompleks Ujana Kewangan,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Tel :    087-411205
Faks :    087-418004

 

Sabah

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sabah,
Aras 1-5, Blok B,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan UMS, Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah

 

Tel: 088-488300, 088-488301,
Faks: 088-488326

 

Sarawak

 

Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sarawak,
Bangunan Tun Datuk Patinggi,
Tuanku Haji Bujang,
93551 Kuching

 

Tel: 082-242223, 082-255951,
082-248120,082-234054
Faks: 082-242446

 

 

 

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia JPN, 7.0 out of 10 based on 2 ratings




Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply