SUKAN REKREASI LUAR CABAR DIRI LEBIH BERANI

SUKAN REKREASI LUAR CABAR DIRI LEBIH BERANI

 
 

SUKAN REKREASI LUAR CABAR DIRI LEBIH BERANI
Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )[email protected]
 
KUALA ROMPIN, 5 November 2012 – Seramai 22 orang peserta terdiri dari kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS…



Advert ID #5597

Full Description


 




 

SUKAN REKREASI LUAR CABAR DIRI LEBIH BERANI


Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
[email protected]

 

KUALA ROMPIN, 5 November 2012 – Seramai 22 orang peserta terdiri dari kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS ) seluruh negara menghadiri Kursus Asas Rekreasi Luar, KBS di Kompleks Rakan Muda Sukan Air, Kuala Rompin, Pahang bagi mencabar keberanian dan ketahanan diri dalam aktiviti berbentuk sukan rekreasi.

 

            Kursus selama empat hari bermula 2 hingga 5 November lalu anjuran Bahagian Pembangunan Sukan KBS bermatlamat untuk memberi pendedahan pengalaman dan pengurusan program rekreasi luar kepada para peserta.

 

            Selaras dengan objektifnya untuk memberi pengetahuan, melatih dan memberi kemahiran, supaya para peserta dapat merasai dan menjiwai pengalaman aktiviti rekreasi luar yang membantu dalam pembangunan kerjaya di KBS.

 

            Walaupun sukan rekreasi didefinasikan sebagai aktiviti pengisian waktu lapang bagi tujuan menikmati keseronokan dan santai, tetapi di dalam kursus ini kesemua aktiviti tetap memberi cabaran dan menguji tahap ketahanan fizikal dan mental terutama kepada para peserta yang baru pertama kali menyertai aktiviti sebegini.

 

            Komponen utama kursus ini merangkumi teori dan praktikal perkhemahan yang memerlukan kesemua peserta berkhemah, pertolongan cemas (bantu mula), kayak, orienteering (kemudi arah menggunakan peta dan kompas), abseiling, flying fox, kembara malam, ikatan tali, pengurusan risiko keselamatan, kepimpinan dan konservasi alam. Kesemua aktiviti ini dipantau dan dijalankan oleh jurulatih-jurulatih profesional.

 

            Antara aktiviti mencabar yang perlu dilalui adalah aktiviti kayak yang memberi pendedahan tentang skil kayuhan, ciri-ciri keselamatan dan bantuan kecemasan  aktiviti air. Kembara malam iaitu perjalanan menyelurusi pantai dan hutan yang memerlukan para peserta berjalan 10 hingga 15 kilometer  memakan masa antara tiga hingga lima jam pada waktu tengah malam sebelum ditinggalkan bersendirian bagi tempoh masa dan jarak tertentu bertujuan menguji keberanian.

 

            Selain itu aktiviti abseiling dan flying fox juga turut menguji fizikal dan mental serta keyakinan para peserta untuk turun dari ketinggian yang ditetapkan menggunakan peralatan seperti kermantle (tali), carabiner (cangkuk besi) dan harness (abah-abah).

 

            Pada masa yang sama, kesemua aktiviti sepanjang kursus ini juga memupuk semangat kerjasama, kesabaran demi mencapai kejayaan dan menyelesaikan kesemua aktiviti yang disediakan.

 

            Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air Kuala Rompin, Wan Mahazani Wan Tahir. Hadir sama Penolong Pegawai Sukan selaku urus setia kursus, Christina Tiang Ting Ling dan Mohd Azemir Mustafa.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

[email protected]

 

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply