THINK TANK IPPBM FOKUSKAN PEMBANGUNAN BELIA

THINK TANK IPPBM FOKUSKAN PEMBANGUNAN BELIA

 

 
THINK TANK IPPBM FOKUSKAN PEMBANGUNAN BELIA
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM) [email protected]

PUTRAJAYA, 30 Januari 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawa…



Advert ID #6361

Full Description


 




 

THINK TANK IPPBM FOKUSKAN PEMBANGUNAN BELIA

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
[email protected]


PUTRAJAYA, 30 Januari 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu Think Tank bilangan 1/2013. Jawatankuasa tersebut ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dan memudahkan pihak kerajaan menggembeling kepakaran akademik dan profesional secara kolektif bagi tujuan membantu program pembangunan dan kemajuan belia Malaysia.

 

Keahlian Think Tank IPPBM adalah seramai 38 orang yang melibatkan beberapa ahli akademik, NGO dan juga individu.

 

Mesyuarat tersebut memfokuskan kepada perbincangan enam(6) Kluster utama mengenai pembangunan belia dan sukan iaitu :-

i.        Keharmonian Sosial (Hubungan Sosial & Agama)
ii.        Psikologi dan Kesihatan Belia
iii.        Pembangunan Sumber Belia, Pendidikan dan Alam, Sekitar
iv.        Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa
v.        Kepenggunaan, Industri Sukan dan Kesejahteraan Ekonomi
vi.        Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Bagi Kluster Keharmonian Sosial, peranannya adalah untuk mengupas dan meneliti aspek keharmonian dan kesepaduan sosial dalam kalangan belia Malaysia. Pembinaan semangat perpaduan masih menjadi agenda utama kerajaan pada hari ini. Sehubungan itu, kluster tersebut mencadangkan satu kajian baseline data semasa mengenai tahap perpaduan dalam kalangan belia Malaysia bagi membina pangkalan data mengenai status keharmonian sosial yang memfokuskan kepada golongan sasar.

 

Seterusnya, Kluster Psikologi dan Kesihatan Belia memfokuskan kepada pembangunan fizikal, mental dan spiritual yang memberi penekanan kepada belia Malaysia yang berumur 15 hingga 24 tahun. Antara kajian yang diketengahkan ialah kajian parenting skills, kajian Malaysian youth physical fitness and health, kajian pemakanan dan nutrisi dalam kalangan belia Malaysia, kajian social networking addiction and mental health, parti kecergasan, grooming(talent pool), bengkel blue print dan program Khalifah.

 

Kluster Pembangunan Sumber Belia, Pendidikan dan Alam, Sekitar pula antara fokus utamanya ialah menumpukan kepada penyediaan ruang kepada belia untuk menarik minat dalam pembangunan belia positif kearah pembangunan komuniti dan pendidikan alam sekitar.

 

Kajian mengenai kecenderungan belia terhadap penglibatan dalam sistem pilihan raya di Malaysia antara aktiviti utama bagi Kluster Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa. Golongan belia pada hari ini didapati mewakili sejumlah besar kelompok yang didapati tidak berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih dan terlibat secara langsung dalam pilhan raya. Dapatan kajian tersebut diharap dapat mengkaji faktor mengapa ia berlaku dan sekali gus mencadangkan strategi yang sesuai mengatasi masalah ini.

 

Kluster Kepenggunaan, Industri Sukan dan Kesejahteraan Ekonomi mempunyai skop khusus bagi menjadikan industri sukan sebagai medan untuk mengembangkan minat dan bakat belia dalam bidang sukan seterusnya mengupayakan mereka dalam menambah nilai dengan menceburi bidang keusahawanan dalam industri sukan. Penglibatan belia dalam industri sukan diharapkan mampu membawa kepada peningkatan perubahan ekonomi dan sosial di kalangan belia.

 

Pembentangan terakhir iaitu, Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi memfokuskan kepada penggunaan media baru oleh golongan belia yang merupakan fenomena baru golongan muda pada hari ini. Mereka lebih mudah menggunakan medium tersebut dalam hubungan komunikasi mereka. Peningkatan penggunaan media sosial yang semakin meluas menunjukkan media sosial mempunyai potensi dalam penyelidikan komunikasi.

 

Mesyuarat jawatankuasa tersebut telah berlangsung dengan jayanya, beberapa keputusan telah dicapai bagi menggerakkan kajian. Fokus kepada pembangunan belia menjadi keutamaan dalam aktiviti kajian bagi setiap kluster yang terlibat.

 

 

Disunting : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply