ORENTASI PERDANA LEADER FELLOWSHIP
ORENTASI PERDANA LEADER FELLOWSHIP
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
PUTRAJAYA, 15 Oktober 2012 – Selaras dengan Inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) …
Full Description
ORENTASI PERDANA LEADER FELLOWSHIP
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, Unit Komunikasi Korporat
PUTRAJAYA, 15 Oktober 2012 – Selaras dengan Inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil pendekatan dengan melaksanakan program “Perdana Leader Fellowship” yang akan bermula pada hari ini 15 Oktober 2012 sehingga 30 Mac 2013.
Sebanyak 402 permohonan telah diterima dan daripada permohonan tersebut sebanyak 29 orang belia telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Tujuan utama pelaksanaanya adalah untuk membentuk serta melahirkan pemimpin belia pada masa akan datang.
Semua peserta yang terpilih kini dalam proses Orentasi “Perdana Leader Fellowship” yang diadakan di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri yang lain.
Puan Daliah Khalid, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia dalam ucapan beliau sempena majlis makan malam program tersebut menekankan pelaksanaan program diharap mampu membentuk dan membangunkan pemimpin belia unggul pada masa depan seiring dengan pemimpin-pemimpin terdahulu yang mempunyai ideologi serta karisma yang tinggi dalam mentadbir negara.
Keseluruhannya, para peserta yang telah dipilih akan mengikuti aktiviti fizikal, sesi tutorial, lanjutan antarabangsa, penempatan dan pementoran serta projek peserta itu sendiri dalam menggerakkan diri mereka menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.
Disunting : Aziah bt. Ahmad ( Unit Komunikasi Korporat KBS )