6. Satu mangkuk batang pisang reput atau masih hidup.
CARA MEMBUAT BAJA CECAIR FISH EMULSION VERSI TANOMKINOTUAN
CARA MEMBUAT BAJA CECAIR FISH EMULSION VERSI TANOMKINOTUAN Penulis carl jafran Ini adalah cara membuat baja cecair fish emulsion versi tanomkinotuan. Dalam internet pelbagai cara dan bahan-bahan yang digunakan bagaimana membuat baja cecair organik ini. Anda boleh memilih cara yang anda sukai. Berikut adalah bahan-bahannya; 1. Satu mangkuk perut isi ikan atau anda boleh guna […]
Advert ID #90325
Full Description
Ini adalah cara membuat baja cecair fish emulsion versi tanomkinotuan. Dalam internet pelbagai cara dan bahan-bahan yang digunakan bagaimana membuat baja cecair organik ini. Anda boleh memilih cara yang anda sukai. Berikut adalah bahan-bahannya;
1. Satu mangkuk perut isi ikan atau anda boleh guna ikan dalam tin yang dijual di kedai.
2. Satu mangkuk gula perang.
3. Satu mangkuk rumput hijau.
4. Satu mangkuk kayu reput.
5. Satu mangkuk sabut kelapa atau cocopeat.
7. 10 hingga 15 mangkuk air.
8. Baldi sederhana besar.
9. Plastik hitam sebagai penutup, getah atau tali untuk mengikat dan sudu untuk mengacau campuran bahan baja.
Cara membuatnya;
Masukan perut ikan, rumput hijau, kayu reput, batang pisang reput dan sabut kelapa ke dalam baldi kosong yang disediakan.
Tambah gula perang dan air. Kacau menggunakan sudu yang disediakan agar semua bahan bercampur dengan sebati.
Setelah digaul sebati, tutup baldi menggunakan plastik hitam, gunakan plastik yang tidak koyak atau bocor.
Ikat dengan menggunakan getah atau tali dengan ketat. Simpan baldi ditempat selamat seperti dalam stor atau di bawah pokok besar yang terlindung dari cahaya matahari.
Jaga baldi anda dari dimasuki oleh lalat yang membiak di dalamnya.
Dalam tempoh seminggu, jangan sesekali membuka penutup plastik tersebut. Takut menjejaskan proses penjerukan bahan baja tersebut.
Anda sudah boleh membukanya setelah genap tujuh hari. Tapis menggunakan alat penapis bagi mengasingkan cecair baja dengan sisa bahan tersebut. Simpan cecair dalam botol atau bekas yang sesuai dan simpan botol berisi cecair baja fish emulsion tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari.
Cara menggunakan baja cecair fish emulsion ialah campurkan satu penutup botol mineral dengan 1 liter air. Sembur atau siram tanaman anda dua minggu sekali. Selang selikan dengan baja NPK organik. Baja cecair ini juga boleh digunakan untuk menyiram pokok buah-buahan yang masih kecil. Apa tunggu lagi mulakan baja cecair anda hari ini juga.
**anda juga boleh membuat baja fish emulsion dengan mengunakan perut ikan, gula perang dan semangkuk kompos atau tinja binatang.
Selamat mencuba.
Category
Tags/Keywords