Cara Membuat Mol KEBUN ENCHE AMAT

Cara Membuat Mol KEBUN ENCHE AMAT

Cara Membuat Mol KEBUN ENCHE AMAT Apa itu Mol ? MOL ialah singkatan dari perkataan Mikro Organisme Lokal (MOL) Istilah ini berasal dari Indonesia Sebagai Baja penggalak tanaman yang diperam sendiri Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat MOL harus mengandung Karbohidrat, glukosa, dan Bakteria Karbohidrat boleh diperoleh dari air cucian beras , nasi basi, […]



Advert ID #90314

Full Description


Cara Membuat Mol
KEBUN ENCHE AMAT
Apa itu Mol ?
  • MOL ialah singkatan dari perkataan Mikro Organisme Lokal (MOL)
  • Istilah ini berasal dari Indonesia
  • Sebagai Baja penggalak tanaman yang diperam sendiri
  • Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat MOL harus mengandung Karbohidrat, glukosa, dan Bakteria
  • Karbohidrat boleh diperoleh dari air cucian beras , nasi basi, buangan ubi kayu, kentang atau gandum
  • Glukosa boleh didapati dari gula pasir, gula merah, atau gula batu yang dilarutkan dengan air atau dihancurkan sampai halus, air nira atau air kelapa
  • Bakteria, bisa dari siput sawah, siput babi, buah – bahan yang sudah busuk, air kencing (urine) dan najis haiwan (bakteria : Rhizobium sp, azobacter sp, pseudomonas sp, bacillus sp dan bakteria pelarut fosfat)
  • Mol boleh tahan hingga bertahun-tahun. Namun begitu jika mencapai umur lebih dari 6 bulan atau jika mol sudah berbau ammonia, ia boleh ditambahkan sedikit gula merah ( gula merah bertindak sebagai pengawet dan makanan kepada bakteria yg terdapat dalam bahan peraman)
  • kebanyakan mol yang saya baca… menggunakan nisbah 1:1 .. maksudnya.. 1 bahagian bahan..1 bahagian gula merah / molasses
  • tak semestinya membuat dalam jumlah yang besar… 1 kg contohnya.. asalkan kena nisbah.. 1:1 (cth 100 gm bawang + 100 gm gula merah)
Apakah Fungsinya?
  • ia digunakan bagi menyuburkan tanaman /pokok.
Apakah Kelebihannya?
  • ia mudah dibuat dan menjimatkan. selain itu ia dapat mengurangkan /mengelakkan penggunaan baja kimia dalam penghasilan sayur untuk makanan kita
(A) Mol Ikan @ Fish Amino Acid (FAA)
Bahan:
  • 1 kg ikan
  • air tanpa klorin @ air kelapa @ air beras
  • 1 kg Gula Merah/ molasses
  • bekas plastik / balang (untuk mengisi mol)
  • kain (untuk menutup mulut bekas)
  • tali
Cara Penyediaan:
  • Ikan dipotong kecil( jangan basuh)
  • blender dengan air tanpa klorin @ air kelapa @ air beras
  • Peram bersama gula merah dalam bekas plastik
  • tutup dengan kain bersih dan ikat (jika guna penutup asal mol hendaklah di buka setiap hari untuk mengeluarkan gas yang terhasil)
  • simpan/peram selama 20 – 30 hari
  • Bagaimana tahu ia telah siap? – tiada bau ikan & berbau masam manis (jika busuk..tandanya tidak jadi..kena buang)
  • SIAP -> tapis dan simpan cecair dalam botol yang tidak ditutup ketat
Cara Guna:
  • CARA 1: 1 ml tambah 1 liter air tanpa klorin (1;1000)
  • CARA 2: 5 – 10 ml dicampur 1 Liter air tanpa klorin @ siram/sembur pada tanaman/tanah (1 @ 2 kali seminggu)
(B) MOL Kangkung
Bahan:
  • 1 kg kangkung (seeloknya kangkung liar.PASTIKAN BEBAS RACUN !!.. kangkung tanam pun boleh juga)
  • 1 kg Gula Merah/ molasses
  • bekas plastik / balang (untuk mengisi mol)
  • SIAP -> tapis dan simpan cecair dalam botol yang tidak ditutup ketat
Cara Penyediaan:
  • kangkung dipotong kecil ( jangan basuh )
  • gaul bersama gula merah dalam bekas plastik
  • simpan/peram selama 7 hari
  • SIAP -> tapis dan simpan cecair dalam botol yang tidak ditutup ketat
Cara Guna:
  • 5 – 10 ml dicampur 1 Liter air tanpa klorin
  • siram/sembur pada tanaman/tanah
  • 1 @ 2 kali seminggu
(C) MOL Pisang – Fermented Fruit Juice (FJC)
Bahan:
  • 1 kg pisang masak ranum (yg hitam dan tak lalu nak makan)
  • 1 kg Gula Merah/ molasses
  • bekas plastik / balang (untuk mengisi mol)
  • kain (untuk menutup mulut bekas)
  • tali
Cara Penyediaan:
  • pisang dipotong kecil
  • gaul bersama gula merah dalam bekas plastik
  • tutup dengan kain bersih dan ikat dengan ketat (elak dari lalat bertelur)
  • simpan/peram selama 7 hari
  • SIAP -> tapis dan simpan cecair dalam botol yang tidak ditutup ketat
Cara Guna:
  • 5 – 10 ml dicampur 1 Liter air tanpa klorin
  • siram/sembur pada tanaman/tanah
  • 1 @ 2 kali seminggu
  • boleh disembur pada peringkat berbunga dan berbuah
  • sisa pisang tadi boleh dibuat kompos
(D) MOL Bawang
Bahan:
  • 1 kg bawang (tak perlu buanng kulit)
  • 1 kg Gula Merah/ molasses
  • bekas plastik / balang (untuk mengisi mol)
  • kain (untuk menutup mulut bekas)
  • tali
Cara Penyediaan:
  • bawang dipotong kecil
  • gaul bersama gula merah dalam bekas plastik (atau lapiskan)
  • tutup dengan kain bersih dan ikat dengan ketat
  • simpan/peram selama 7 hari
  • SIAP -> tapis dan simpan cecair dalam botol yang tidak ditutup ketat
Cara Guna:
  • 5 – 10 ml dicampur 1 Liter air tanpa klorin
  • siram/sembur pada tanaman/tanah
  • 1 @ 2 kali seminggu
  • boleh disembur pada peringkat berbunga dan berbuah
  • sisa bawang tadi boleh dibuat kompos
(D) MOL Kulit Telur (CaP)
Bahan:
  • Kulit telur
  • Dapur gas
  • Kuali
  • Cuka Nipah/Cuka Asli
Cara Penyediaan:
  • Kulit telur disangan/digoreng tanpa minyak sampai coklat nak kehitaman sikit
  • rendam dengan cuka nipah pada kadar 1;10 (1 kg kulit telur bakar + 10 liter cuka)
  • simpan/peram selama sebulan
  • SIAP -> tapis dan simpan cecair dalam botol
Cara Guna:
  • 2-3 ml dicampur 1 Liter air tanpa klorin
  • siram/sembur pada tanaman/tanah (1 @ 2 kali seminggu)
(E) MOL Tulang (Pca)
Bahan:
  • Tulang lembu,kerbau,kambing ( yang dah buat sup pun boleh pakai )
  • Dapur gas
  • jaring dawai BRC
  • Cuka Nipah/Cuka Asli
Cara Penyediaan:
  • Tulang diletak atas BRC dan dibakar di atas tungku dapur
  • Bakar sampai menyala dan tutup dapur gas,
  • biarkan tulang terbakar dengan sendiri sehingga bewarna keputih2an
  • selepas itu disejukkan dan diletak dalam bekas.
  • Campurkan tulang tadi dengan cuka nipah pada kadar 1;10 (1 kg tulang dah bakar + 10 liter cuka nipah).
  • Rendam tulang tadi selama sebulan untuk diekstrak unsurnya
  • SIAP -> tapis dan simpan cecair dalam botol
Cara Guna:
  • 2-3 ml dicampur 1 Liter air tanpa klorin
  • siram/sembur pada tanaman/tanah
  • 1 @ 2 kali seminggu
(F) Baja Air Roti
Bahan
  • sekeping roti
  • 1.5 liter air tanpa klorin
  • Botol
Cara Penyediaan
  • carik2 kan roti dan
  • masukkan dalam botol berisi 1.5 liter air
  • Peram selama 3-4 hari.
Cara Guna
  • 100 ml campur 1 liter air tanpa klorin
  • siram di pangkal pokok / spray pokok (seminggu 3 kali)
Fomula Campuran Mol-Mol (klik link dibawah)
  • Campuran Mol-Mol
Nota : Penerangan akan dikemaskini dari masa ke semasa bila maklumat baru ditemui
Rujukan
Rujukan 1 (Mol) – Rujukan 2 (Mol) – Rujukan 3 (Mol) – Rujukan 4 (Mol Roti) – Rujukan 5 (mol Pisang) – Rujukan 6 (Mol Tulang & Kulit Telur) – Rujukan 7 (Mol Ikan) – Rujukan 8 (Mol kangkung)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 2 votes)

Cara Membuat Mol KEBUN ENCHE AMAT, 6.0 out of 10 based on 1 rating




Tags/Keywords

mol

Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply