GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA KG. BAKAU TINGGI
GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA KG. BAKAU TINGGI
Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
[email protected]
KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mahukan agar Gelanggang Fut…
Full Description
GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA KG. BAKAU TINGGI
Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mahukan agar Gelanggang Futsal 1Malaysia dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan berharap dapat melahirkan pemain dan pasukan futsal atau bola sepak yang berkebolehan tinggi yang datang daripada negeri Terengganu terutamanya daripada daerah Kemaman.
Katanya, Malaysia mempunyai jumlah gelanggang dutsal yang paling banyak tetapi masih tidak mampu melahirkan jaguh-jaguh futsal atau sekurang-kurangnya meletakkan kedudukan Malaysia di kelompok terbaik di dalam sukan ini.
Beliau berkata dermikian ketika merasmikan gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Bakau Tinggi dekat sini hari ini. Belia melakukan perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia ini selepas melakukan kayuhan basikal daripada Kampung Bukit Anak Dara, Kijal sempena program Jelajah 1Belia 1Malaysia Daerah kemaman hari ini. Program Jelajah 1Belia Kemaman yang disertai seramai 400 orang peserta bermula dari Pantai Kemasik dekat sini.
Beliau kemudian menyerahkan replika kunci gelanggang futsal kepada wakil persatuan belia dan menandatangani plak perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia Kampung Bakau Tinggi. Bagi gimik perasmian, beliau dan ADUN Chukai, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera, menendang bola ke dalam tiang gol.
Perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia Kampung Bakau Tinggi ini adalah anjuran bersama Pejabat Parlimen Kemaman dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai, JKKK Kampung Bakau Tinggi dan Persatuan Generasi Berwawasan Belia.
Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Hajah Hatipah Ibrahim, dan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rusli Yusoff, Ketua Wanita Bahagian UMNO, Senator Hajah Rohani Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Mohd Hisham Zuber, dan Pengerusi JKKK Kampung Bakau Tinggi, Ahmad Fauzi Abdul Wahab.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )