RESEPI MAKARONI BAKAR
RESEPI MAKARONI BAKAR ALA2 CHEF WAN GITU – BUDAK BARU BELAJAU- Bahan A 1/2 paket makaroni (rebus hingga lembut) 1 sudu makan minyak jagung (sapu pada bekas untuk bakar) 5 biji telur 1 cawan susu segar 125 gram keju cheddar parut 50 gm daun parsli cincang untuk tabur Bahan B (Sos Putih) 1 sudu makan […]
Full Description
RESEPI MAKARONI BAKAR ALA2 CHEF WAN GITU
– BUDAK BARU BELAJAU-
Bahan A
1/2 paket makaroni (rebus hingga lembut)
1 sudu makan minyak jagung (sapu pada bekas untuk bakar)
5 biji telur
1 cawan susu segar
125 gram keju cheddar parut
50 gm daun parsli cincang untuk tabur
Bahan B (Sos Putih)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu segar
Bahan C (Inti)
300 gram daging kisar halus
10 biji cendawan butang (potong dadu)
3 biji tomato (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 biji capsicum kuning (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara Membuat Inti
Panaskan minyak jagung. kemudian tumis 1. bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging kisar, dan bahan yang dipotong dadu, garam dan serbuk lada sulah. Kacau Rata.
3. Dah siap, ketepikan.
Cara Membuat Sos Putih
1. Panaskan minyak jagung dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau Rata.
2. Masukkan susu segar, kacau sehingga sebati.
3. Dah Siap, ketepikan
Cara Membuat Makaroni Bakar
1. Sapukan minyak jagung dalam mangkuk tahan panas. Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
2. Tuangkan sos putih ke atas makaroni tadi.
3. Dalam bekas berlainan, kacau rata telur dan susu segar. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi
makaroni tadi.
4. Taburkan keju cheddar dan daun parsli cincang.
5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180 darjah celsius selama 30 minit.
6. Makaroni Bakar Ala Chef Wan siap untuk dihidangkan.
Sumber : Nina Katek
Category
Tags/Keywords