Resepi Tom Yam Tulang Kak Long
Resepi yang mudah disediakan dan enak dinikmati seisi keluarga.
Full Description
Bahan-Bahan yang diperlukan
Tulang Lembu
Pes tom yam
Bawang merah (dipotong dadu 4)
Bawang Putih ditumbuk lumat
Halia
Lengkuas
Serai
Daun Limau Purut
Asam Jawa atau jus limau nipis atau cuka
Garam
Gula
Air
Cara-Cara
1. Masukkan air dan tulang sehingga paras tulang tenggelam. Rebuskan tulang lembu dengan api yang perlahan dalam jangka masa 1 jam atau sehingga tulang menjadi empuk dan air menjadi separuh daripada jumlah asal.
2. Apabila tulang yang direbus menjadi lembut, boleh masukkan pes tom yam, bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang ditumbuk lumat.
3. Masukkan halia, lengkuas, serai, daun limau purut/asam jawa/jus limau nipis atau cuka masakan.
4.Biarkan seketika sehingga kuah mengelegak. Kemudian, perisakan kuah tom yam tulang dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
5. Boleh dihidangan dengan nasi dan juga meemihunkueh teow.
Category